Thursday, 2 April 2015

pengenalan kepada twitter : ain comel

Twitter


Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks sekurang-kurangnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.
Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkasdan slanga yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.
Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet" kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teksringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.


instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian foto dan rangkaian sosial secara dalam talian yang membolehkan penggunanya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah laman yang mendahuluinya seperti Facebookatau Twitter.  Ciri pembeza yang terdapat di dalamnya adalah seperti mengurung foto kepada bentuk empat segi yang kelihatan sama dengan Kodak Instamatic dan imej Polaroid yang mempunyai beza jelas sebanyak nisbah bidang 4:3 dan selalunya digunakan oleh peranti kamera mudah alih.

No comments:

Post a Comment