Thursday 2 April 2015

pengenalan kepada 4 shared afiqah

4Shared

apakah itu 4Shared?? 4shared adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari.

4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MB ke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer.

No comments:

Post a Comment